Pandangan agama tentang pluralisme Pluralisme_agama

Islam

Islam menghargai toleransi agama lain tetapi tidak menganggap semua agama adalah sama. Dengan erti kata lain Islam tidak menganggap bahawa Tuhan yang disembah oleh orang Islam adalah Tuhan yang disembah oleh agama lain. Penyelesaian Islam terhadap pluralisme agama adalah dengan mengakui perbezaan dan identiti agama masing-masing (lakum diinukum wa liya diin atau untuk kamu agama kamu dan untuk aku agamaku) [Al Kaafiruun:6].